menjual 100% homemade skincare

Friday, 12 April 2013

hepi buffday and hepi 1st anniversary dear...

"Ya Allah... Sesungguhnya kehidupan di dunia ini ibarat kerdipan mata, terlalu singkat jika dibandingkan dengan akhirat yang kekal. Mohon padaMu 


Tuhan, jangan Kau lekakan aku dengan keindahan dunia yang sementara ini."

Selamat Hari Lahir Buat Suami ....
Insan yang penuh dengan kasih sayang.

Aku bersyukur kerana diberikan aku masa untuk mengenali erti kasih sayang 
dari insan yang bergelar suami. Terima kasih di atas segala pengorbanan dan
 memberikan aku masa untuk mengenali dan bersamamu hingga saat ini..

Doa ku tujukan khas buatmu tika bersujud agar kehidupan kita sentiasa dirahmati
 dan dilindungi Tuhan. Buatmu suami tercinta, semoga hidupmu di berkati Allah, 
di panjangkan umur, dimurahkan rezeki yang diberkati dan diberikan kesihatan
 yang baik untuk sama-sama melakukan ibadah dan menikmati dunia ini..
- AMIN -


13 april 2013 - hari yang sangat² bermakna ni ialah hari Jadi my arjuna tercinta ...!yeayy!!
so0 dikesempatan ini, macam biasa lah..kalau hari jadi, mesti lah kena ada ucapan sikit kan
dan kalau ucapan untuk suami tercinta ni mesti lah kena jiwang² sikit..yedakk??
tinggal bbrape minitje lg nk kul 12.00 malm...jom la berjiwang sikit

sayang..

ketika aku dalam kesusahan..kau lah yang membantu ku
ketika aku dalam kesedihan..kau lah yang menenangkan ku
ketika aku kegelisahan..kau lah yang menjadi tempatku mengadu 
ketika kau kesepian..kau lah teman paling setia ku
ketika aku membuat kesilapan..kau lah yang menegur dan memaafkan ku
ketika aku dalam kesakitan..kau lah penawar ku
ketika aku dalam kegembiraan..kau lah yang menjadi teman ketawa ku...


sayang..
tanpa dirimu...tak bermakna hidupku ini..
kaulah teman di kala aku kesusahan..kesepian...kegembiraan...
kaulah sebaik baik suami di dunia ini
demi cinta dan kasih sayangmu padaku
kau sanggup menerima segala kekuranganku..
semoga kasih sayang yang kita bina ini akan kekal hingga ke akhir hayat..


alhamdulillah...genap hari ni bertambah lagi usiamu syg..ku doakan semoga dengan pertambahan usiamu ini akan lebih dimurahkan rezeki olehNya dan kudoakan semoga ikatan yang kita bina bersama ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kita. Kau lah anugerah terindah dan terbaik yang Allah berikan kepadaku. Kehadiranmu memberikanku kekuatan untuk lalui hidup yang penuh dugaan ini. Ketika susah dan senangku, kaulah yang setia menemaniku. Hanya engkaulah yang bertakhta dihatiku sayang!..Selamat Hari lahir yang ke 22..Semoga tahun ini akan terus dapat memberikan kita seribu satu makna ..Selagi jasad ini masih bernafas, selagi itulah cintaku padamu akan tetap bersama. Walaupun tiada harta yang berjuta, tetapi dirimu tetap ku anggap sebagai harta yang paling bernilai dihati ini. Kau lah suami yang pertama dan terakhir ku..hanya nyawa yang dapat memisahkan kita..♥♥♥♥♥ you sayang!!!...

130413 juga tarikh yg amat bermakna untuk kami..kerana pada tarikh tersebut genap la setahun usia perkawinan kami..pelbagai dugaan yg kami tmpuhi..trima kasih syg for eveything...♥♥♥♥♥

aaaaa..nganga mulut tao..nk cuap kek..huhu


No comments:

Post a Comment